Friday, 24 January 2014

MADU LEBAH ASLI YMR

INFO PRODUK : 500GRAM - RM55.00
SMS / EMAIL : 0199105222 / kelatedaily@gmail.com
Lebah madu adalah salah satu spesis dalam kumpulan Apis. Lebah madu dibezakan terutamanya dengan penghasilan dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada lilin lebah.
Lebah merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, surah An Nahl ayat 68-69 dimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An-Nahl: 68-69).
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit. Propolis atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan. Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, “manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH” Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.
Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.
Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.
MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.
@ Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey – USA

No comments:

Post a Comment